Powered By Blogger

Wednesday, December 15, 2010

Selamat Pengantin Baru




Tahniah dan Selamat Pengantin Baru buat pasangan Jalaludin & Merliya. 
Semoga berbahagia ke akhir hayat. 

Wednesday, November 17, 2010

Nak Ke Mana Kita?

NAK KE MANA KITA
Setiap Ahad 9 Malam
TV Al-Hijrah

Sebuah program majalah bertemakan pelancongan yang menonjolkan tempat-tempat menarik di Malaysia dikendalikan oleh Badri Ibrahim. Mengetengahkan tempat-tempat menarik yang jarang menjadi tumpuan sekaligus memberi alternatif destinasi pelancongan kepada penonton selain tempat-tempat yang sudah popular. Program ini juga memaparkan kehidupan masyarakat dan budaya masyarakat tempatan di setiap destinasi pilihan.

Sepanjang penggambaran di beberapa buah negeri bulan lepas, saya sempat juga shoot beberapa keping gambar untuk kenangan.  


Badri Ibrahim

Jeti Kuala Besut, Terengganu








Salah satu lokasi penggambaran ialah Masjid Kg Laut yang terletak di Nilam Puri Kelantan. Apa yang menarik mengenai masjid ini ialah senibinanya yang masih kukuh hingga ke hari ini. Diiktiraf sebagai masjid tertua di negara ini dan dipercayai berusia lebih 300 tahun, malah turut dikaitkan dengan kedatangan Islam di Kepulauan Nusantara pada abad ke-17 Masihi. 

Masjid Kampung Laut turut disenaraikan antara masjid paling "bersejarah" di Asia Tenggara, seangkatan dengan masjid Nat Tanjung dan Wadi Hussin di Thailand, Masjid Demak di Jawa, Indonesia dan Masjid Kono (Champa, Kemboja).  

Masjid Kg Laut, Nilam Puri - Kelantan




Khair Nizam (Cameraman)







Wednesday, July 21, 2010

Floria 2010

Pertunjukan bunga dan taman yang terulung di Malaysia. FLORIA PUTRAJAYA 2010 sekali lagi telah diadakan di Pesisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya dan telah berlangsung dari 10hb-18hb Julai 2010. 

Acara tahunan yang diadakan sejak tahun 2007 ini kembali lagi dengan menjanjikan pertunjukan yang istimewa penuh warna warni. Festival ini mempertontonkan antara yang terulung dari dalam dan luar negara khususnya dari industri hortikultur, produk-produk komersial landskap, pertunjukan taman pereka dan pertunjukan bunga-bungaan. Kesemuanya dipersembahkan dalam suasana taman.

Dan ini adalah antara koleksi gambar yang sempat dirakamkan sepanjang berkunjung ke sini.