Sunday, January 16, 2011
Friday, January 14, 2011
Anggur @ Sendayan Valley
Setelah dua tahun melalui proses penyesuaian di satu kawasan tanah berbukit di Sendayan, anggur keluaran ladang Sendayan Valley akhirnya dapat dinikmati oleh penggemarnya.
Terletak 6km dari Jalan Seremban-Port Dickson, ladang yang berkonsepkan agro pelancongan ini telahpun dibuka kepada orang ramai untuk dilawati, dan tarikan utamanya ialah anggur Sendayan.
Orang ramai bukan sahaja boleh membeli buah-buahan segar itu di ladang berkenaan, malah mereka juga akan diberi peluang merasai pengalaman memetik sendiri anggur terus dari pokok.
Peminat anggur juga boleh membeli biji benih anggur yang bermutu, baja, racun serangga dan buku panduan kecil mengenai cara menanam dan menjaga anggur untuk ditanam di taman atau dalam pasu.
Jadi.... jika berkesempatan, cubalah singgah di Sendayan Valley ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)